ISU PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA

 


MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI

ANTARA KAUM


PERBEZAAN PEKERJAAN

Mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan

masalah perkauman.


SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA

Menjadi punca masalah perpaduan kerana lahir idea yang berbeza dalam

kalangan masyarakat dan sebahagian membawa ideologi masing-masing

dalam membina pembangunan negara.


PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA, KETURUNAN BAHASA DAN ADAT RESAM

Menimbulkan tiada toleransi dalam masyarakat kerana tidak

mempunyai pemahaman tentang hal tersebut.


FAHAMAN POLITIK

Merupakan faktor penting yang mempengaruhi masalah perpaduan

kerana berbeza aliran, fahaman dan sering berpecah kerana perasaan

tidak puas hati antara satu sama lain.



LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH

PERPADUAN


  • PENYATUAN FAHAMAN POLITIK

Sistem kerajaan campuran salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik

antara kaum. Sistem ini dikembangkan melalui sistem politik yang fleksibel. Sistem

ini tidak diketepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah dan Sarawak yang

boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur. Justeru

muncul parti perikatan hasil gabungan UMNO, MCA, dan MIC. Setelah Barisan

Nasional muncul, keanggotaan parti komponen semakin bertambah.


  • PENYERAGAMAN SISTEM PENDIDIKAN

Semua dasar pelajaran berhubung dengan isu pendidikan berperanan memupuk

perpaduan. Dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam

sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuh dan digantikan dengan sistem

pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman lebih menjamin

perpaduan rakyat. Peruntukan juga disediakan untuk perkembagan pendidikan di

Sabah dan Sarawak.


  • ASPEK - ASPEK SOSIAL LAIN

Langkah memupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan dan penerapan dasar

sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan

lain-lain. Secara keseluruhan Malaysia Berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi

nasional kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur semua kaum.


  • INTEGRASI EKONOMI

Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan

Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan dan lain-lain.

Dasar-dasa ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak

zaman penjajahan dan yang masih kental pada zaman selepas kemerdekaan dapat

dimansuhkan.

Comments

Popular posts from this blog

KESIMPULAN

IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA