KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Salah satu kesannya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara terjejas
bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai
matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. Ini boleh menyebabkan keamanan
negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama
sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta
disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginkan
keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara
untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.
Kesan yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak
ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud
perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan
bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di
kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan
kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang
teruk. Masalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.
Kesan yang ketiga ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat
disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa komunikasi antara
masyarakat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme
tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-
kelompok ini mewujudkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara
masyarakat membawa simbol tiada perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan
negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara.
Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah penting dalam negara.
Comments
Post a Comment