PENGENALAN
Pada pertengahan
abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai
ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum
tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.
Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya
Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah
pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup
dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu.
Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir
berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang
dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara
perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya
terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari
semasa ke semasa
Comments
Post a Comment