Posts

NAMA AHLI KUMPULAN (KUMPULAN 2)

Image
 NURUL AINA SYAHIRAH BINTI MOHAMAD 04DKA23F1002 RAIHANA ANNISA BINTI ROZI 04DKA23F1090 AINA KAMALIA INSYIRAH BINTI AZMAN 04DKA23F1070 NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SALIMI 04DKA23F1038

OBJEKTIF BLOG

Image
👉Untuk berkongsi ilmu pengetahuan 👉Untuk mengingati dan menghayati sejarah & perjuangan tokoh-tokoh 👉Untuk mengeratkan hubungan masyarakat di Malaysia 👉Untuk menerangkan kepentingan masyarakat majmuk 👉Untuk menyiapkan kerja e-folio yang diberikan oleh pensyarah

PENGENALAN

Image
    Menurut blog Intan_Isna yang bertajuk Penjajahan dan Kewujudan Masyarakat Majmuk. Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai jenis kaum serta identiti . Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia . Daripada keseluruhan bangsa tersebut , terdapat tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu , Cina dan India. Sebelum  penemuan tapak biji timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedangang manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh.    Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.    Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia K...

SEJARAH & LATAR BELAKANG PEMBENTUKKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Image
    Menurut Fisabellah John dalam academia yang bertajuk Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).    Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini...

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Image
  KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA Salah satu kesannya adalah keharmonian negara terjejas . Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat . Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama . Ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginkan keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara. Kesan yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan . Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat...

ISU PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA

Image
  MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI ANTARA KAUM ❖ PERBEZAAN PEKERJAAN Mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan masalah perkauman. ❖ SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA Menjadi punca masalah perpaduan kerana lahir idea yang berbeza dalam kalangan masyarakat dan sebahagian membawa ideologi masing-masing dalam membina pembangunan negara. ❖ PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA, KETURUNAN BAHASA DAN ADAT RESAM Menimbulkan tiada toleransi dalam masyarakat kerana tidak mempunyai pemahaman tentang hal tersebut. ❖ FAHAMAN POLITIK Merupakan faktor penting yang mempengaruhi masalah perpaduan kerana berbeza aliran, fahaman dan sering berpecah kerana perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH PERPADUAN PENYATUAN FAHAMAN POLITIK Sistem kerajaan campuran salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik antara kaum. Sistem ini dikembangkan melalui sistem politik yang fleksibel. Sistem ini tidak diketepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah dan ...